FUNGSI
BAHASA MELAYU
•Sebagai
Bahasa Kebangsaan
•Sebagai Bahasa Rasmi
•Sebagai Bahasa Perpaduan
•Sebagai Bahasa Pengantar
•Sebagai Bahasa Ilmu
•Sebagai Bahasa Komunikasi
•Sebagai Bahasa Rasmi
•Sebagai Bahasa Perpaduan
•Sebagai Bahasa Pengantar
•Sebagai Bahasa Ilmu
•Sebagai Bahasa Komunikasi
BAHASA KEBANGSAAN
•Bahasa
kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan
sesuatu bangsa atau negara secara unik.
•Bahasa
kebangsaan ialah bahasa yang diangkat menjadi bahasa utama sesebuah negara yang
berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi negara tersebut.
•Bahasa
tersebut merupakan lambang jati diri negara dan kewarganegaraan, bukti tentang
kedaulatannya yang membolehkan sesebuah negara berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah dengan negara berdaulat yang lain.
duduk sama rendah dengan negara berdaulat yang lain.
•Bahasa
kebangsaan biasanya digunakan untuk wacana politik dan undang-undang dan
ditetapkan di dalam sesebuah kerajaan.
•Bahasa
kebangsaan boleh menjadi bahasa rasmi tetapi tidak semestinya. Bahasa
kebangsaan juga mungkin berbeza dengan bahasa yang umum digunakan rakyat
sesebuah negara.
sesebuah negara.
•Semua
negara yang berdaulat mempunyai bahasa kebangsaan sendiri. Misalnya, Bahasa
Melayu diMalaysia, Bahasa Inggeris di United Kingdom, Bahasa Perancis di
Perancis, Bahasa Jepun di Jepun, danBahasa Jerman di Jerman.
•Sesetengah
negara mempunyai lebih dari satu bahasa kebangsaan.
•Contoh
negara Kanada yang menggunakan bahasa Perancis dan Inggeris sebagai bahasa
kebangsaannya.
BAHASA RASMI
•Bahasa
yang digunakan dalam perhubungan rasmi, seperti dalam ucapan rasmi dan
surat-menyurat.
•Biasanya,
bahasa kebangsaan sesebuah negara turut berfungsi sebagai bahasa rasmi.
•Tetapi
di Singapura, walaupun bahasa kebangsaannya ialah Bahasa Melayu, tiga bahasa
lain turut diisytiharkan sebagai bahasa rasmi, menjadikan jumlah bahasa
rasminya empat iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.
BAHASA PENGANTAR
•Bahasa
Melayu sekian lama telah menjadi bahasa pengantar di sekolah, maktab,
politeknik dan universiti.
•Penubuhan
Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu
digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu
pengetahuan.
pengetahuan.
•Sehingga
kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan
dalam Bahasa Melayu. Ratusan tesis dan disertasi pada peringkat ijazah sarjana
dan kedoktoran ditulis dalam Bahasa Melayu,dan puluhan, malahan ratusan,
profesor telah menyampaikan syarahan perdana tentang pelbagai ilmu
dalam Bahasa Melayu.
dalam Bahasa Melayu.
•Semua
perkara ini tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua
kaum yang menjadi warganegara Malaysia.
•Tidak
syak lagi bahawa Bahasa Melayu telah membuktikan kejayaan dan keupayaan sebagai
bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang.
pelbagai bidang.
BAHASA PERPADUAN
Fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan merupakan
senjata paling ampuh dalam merealisaikan konsep 1 Malaysia. Perpaduan atau
solidariti dapat ditafsirkan sebagai satu proses yang menyatupadukan rakyat dan
seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.
Kamus Dewan (1994) mendefinisikan perpaduan sebagai penggabungan, pelaburan
penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu,
sepakat dan sebagainya. Oleh itu, dapatlah diertikan bahawa bahasa Melayu
sebagai bahasa perpaduan ialah bahasa yang menjadi lambang penyatuan suara yang
digunakan sebagai alat perhubungan di dalam lingkungan satu kelompok manusia
yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam
sesebuah negara.
BAHASA ILMU
•Bahasa
Melayu tetap mempunyai peranan sebagai bahasa ilmu dalam dunia abad ke-21.
Namun, kejayaan Bahasa Melayu dalam tugas ini amat bergantung pada
kesediaan pengamal Bahasa Melayu untuk menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu.
kesediaan pengamal Bahasa Melayu untuk menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa ilmu.
•Peranan
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan moden akan tetap kekal walaupun
tidak dinafikan bahawa di negara ini, Bahasa Inggeris turut berfungsi sebagai
bahasa untuk menimba ilmu.
•Keadaan
ini tidak bercanggah kerana sudah menjadi dasar pendidikan negara untuk
menghasilkan pelajar yang dwibahasa sifatnya
Itulah
sebabnya Bahasa Inggeris diperkenalkan sebagai mata pelajaran sejak tahun satu
sekolah rendah supaya pelajar menerima pendidikan Bahasa Inggeris selama 11
tahun dan sepatutnya telah menguasai bahasa tersebut dengan baik.
•Jika
rasa megah terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak ada dan jika semua
pihak lebih selesa menggunakan Bahasa Inggeris, lama-kelamaan fungsi
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan berkurangan.
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan berkurangan.
•Tetapi,
kerana orang Melayu memang optimistik sifatnya, berdasarkan kejayaan Bahasa
Melayu dalam 30 tahun yang lalu, potensi yang ada bagi Bahasa
Melayu untuk kekal sebagai bahasa ilmu amat cerah.
Melayu untuk kekal sebagai bahasa ilmu amat cerah.
BAHASA KOMUNIKASI
•Bahasa
Melayu telah menjadi bahasa komunikasi atau bahasa perhubungan di antara rakyat
jelata kerana bahasa itu dapat dipelajari dengan senang dan telah
sekian lama menjadi lingua franca penduduk kawasan ini.
sekian lama menjadi lingua franca penduduk kawasan ini.
•Rakyat
jelata yang dimaksudkan ialah masyarakat biasa, bukan golongan elit yang, oleh
sebab sifat dwibahasa mereka, lebih selesa menggunakan bahasa campuran
(Melayu-Inggeris).
•Bahasa
Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa perhubungan rakyat jelata.
•Maka,
fungsi pembinaan jati diri akan tetap dimainkan oleh bahasa itu kerana
pembinaan jati diri mempunyai ikatan yang erat dengan emosi
👍👍
ReplyDeleteini fungsi bahasa secara umum atau khusus?
ReplyDelete