BANYAK MEMBACA MENDATANGKAN FAEDAH
Membaca adalah satu amalan yang terpuji dan patut dijadikan amalan setiap orang. Banyak faedah yang akan diperolehi jika seseorang itu mengisi masa lapangnya dengan membaca.
Bahan-bahan bacaan banyak terdapat di negara kita seperti akhbar, majalah, buku dan lain-lain lagi. Di dalamnya termuat beraneka maklumat mengenai hal-hal yang wujud dan yang berlaku di seluruh dunia. Jadi dengan membacanya pengetahuan kita akan bertambah. Kita dapat mengetahui perihal satu-satu bangsa, istiadat, sejarah, kepercayaan, kebudayaan dan berbagai lagi. Dengan cara ini persefahaman kita dengan kaum yang lain dapat dijalin dengan baik.
Di samping mena•mbah pengetahuan kita juga dapat mengikuti perkembangan dan kejadian yang berlaku di dalam dan luar negeri. Melalui bacaan surat khabar dan majalah kita dapat mengetahui pergolakan yang berlaku di negara lain seperti peperangan, pemogokan, tunjuk perasaan dan lain-lain. Kita dapat membandingkannya dengan negara kita. Dengan itu kita menjadi insaf dan sedar bahawa kita semua sangat beruntung kerana negara kita senti as a aman dan tidak bergolak.
Selain daripada itu kita juga dapat mengetahui perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh negara-negara lain dalam bidang sains dan kita dapat mengetahui hasil ciptaan mereka dan bagaimana mereka dapat menyelesaikan masalah ekonomi negara. pengetahuan ini mungkin berguna kepada kita. Mana-mana yang sesuai untuk kemajuan dan kesejahteraan negara kita bolehlah kita contohi dan pelajari.
Di samping itu, banyak membaca juga mendatangkan faedah besar kepada penuntut sekolah. Kebanyakan penuntut yang mend?!1at kejayaan cemerlang dalam peperiksaan adalah pelajar yang banyak membaca. Dengan pengetahuan yang didapati daripada pembacaan mudahlah pelajar itu dapat menjawab apa-apa jua soalan. Dengan itu, akan tercapailah segala cita¬citanya untuk mendapat kecemerlangan.
Sesebuah negara yang rakyatnya banyak membaca akan bangkit menjadi negara yang cepat maju kerana daripada pembacaan itu mereka sentiasa dapat ilmu-ilmu baru. Dengan ilmu itu dapatlah mereka membuat perubahan ke arah kemajuan dan kejayaan dalam apa jua bidang seperti). pelajaran, pembangunan, ekonomi, sosial, kebudayaan dan berbagai lagi. Negara akan beruntung jika mempunyai rakyat yang berilmu pengetahuan lagi progresif. Jadikanlah membaca sebagai suatu amalan hidup.
panjang nye karangan
ReplyDeletesangat panjang...
ReplyDeletekarangan ini ada banyak isi isi
ReplyDeleteui
ReplyDelete