Jika ingin mengetahuinya sila klik di sini
https://docs.google.com/open
ROSYATIMAH BINTI MOHIDIN, NO MATRIK: D20112055920 PENGAJIAN MELAYU "IKHLAS DAN BERTANGGUNGJAWAB AMALAN MULIA"
Friday, 30 November 2012
LEMBARAN KERJA BAHASA MELAYU
B1 DL1 E1
|
Instrumen Standard Prestasi Bahasa Malaysia
Tahun 1
Nama : _________________________ Tarikh :_________
Kelas : 1 ___________
ARAHAN
: 1.
Guru perdengarkan beberapa bunyi.
2. Murid mengajuk bunyi yang didengar.
Bil
|
Bunyi yang diperdengarkan
|
Tandakan (√)
jika murid mengajuk dengan betul.
|
1.
|
Mengetuk pintu
|
|
2.
|
Jam loceng berdering
|
|
3.
|
tiupan wisel
|
|
4.
|
Kucing mengiau
|
|
5.
|
Burung berkicau
|
PANDUAN
PELAKSANAAN AKTIVITI PENTAKSIRAN
·
Guru perdengarkan
beberapa bunyi yang dihasilkan daripada rakaman atau yang diajuk oleh guru.
·
Guru bimbing murid
mengajuk bunyi tersebut,kemudian barulah mula mentaksir keupayaan murid.
·
Guru boleh juga
menggunakan satu senarai semak sahaja
·
Tandakan √ sekiranya murid
menguasai pada petak di atas.
Thursday, 22 November 2012
MENGENALI BAHASA
DEFINISI BAHASA
Nelson Francis pula mendefinisikan bahasa sebagai satu
sistem bunyi yang dihasilkan oleh alat tutur yang digunakan oleh sekelompok
manusia sebagai wahana atau cara untuk menjalankan apa-apa sahaja aktiviti
masyarakat mereka.
Albert B. Cook (1977) mendifinisikan bahasa sebagai “…..a system of arbitrary vocal symbols and grammartical signals by means
of which the members of the speech community communicate, interact and transmit
their culture.” Oleh itu, bagi Cook bahasa adalah satu sistem simbol
pertuturan yang arbitrari dan penanda kenahuan yang digunakan oleh anggota
sesebuah komuniti.
Samsuri (1978) menyatakan bahasa adalah alat yang dipakai
untuk membentuk fikiran dan perasaan, keinginan dan perbuatan. Selain itu,
sebagai penanda bangsa, bahasa merefleksi atau menggambarkan latar belakang
budaya seseorang pengguna atau penuturnya.
Edward
Sapir (1948:8) telah
mendefinisikan bahasa sebagai “ a
purely human and non instinctive method of communicating ideas, emotions and
desires by means of a system of voluntary produced symbols”. Sapir
berpendapat, bahasa merupakan satu alat atau cara yang hanya dimiliki manusia
untuk berkomunikasi, menyampaikan idea, emosi dan kehendak mereka.
SIFAT-SIFAT BAHASA
1. Mempunyai sistem
Setiap
bahasa mempunyai peraturan atau sistemnya yang tersendiri. Sistem bahasa
dilihat dari sudut unit/ unsur/ komponen bahasa yang disusun mengikut cara-cara
tertentu. Sistem bererti susunan teratur, berpola dan membentuk suatu
keseluruhan yang bermakna atau berfungsi. Sistem ini dibentuk oleh sejumlah
unsur atau komponen yang berhubungan secara fungsional antara satu sama lain
dan bersifat sistematis dan sistemis. Sistematis bermaksud bahasa tersusun
menurut satu pola, iaitu ia tidak tersusun secara sembarangan. Sistemis pula
bermaksud bahasa bukan merupakan sistem tunggal tetapi terdiri daripada sub-sub
sistem atau sistem bawahan yang terdiri daripada fonologi, morfologi, sintaksis
dan semantik. Unit atau unsur bahasa disusun mengikut cara-cara tertentu,
contohnya fonem, mofem, kata, frasa, klausa dan ayat. Sistem bunyi dalam bahasa
Melayu dan bahasa Arab misalnya, adalah berbeza-beza.
2. Mempunyai
lambang
Sesuatu
lambang biasanya dikaitkan dengan unsur tanda. Unsur tanda terdiri daripada
penanda dan petanda. Selain dipakai sebagai istilah generik, daripada semua
termasuk kajian semiotik juga merupakan sesuatu yang dapat menandai atau
mewakili idea, fikiran, perasaan, benda dan tindakan secara langsung dan
alamiah. Misalnya, kalau di kejauhan kelihatan ada asap membumbung tinggi maka
kita tahu bahawa di sana ada api sebab asap merupakan tanda akan adanya api.
Lambang tidak bersifat langsung dan alamiah. Lambang menandai sesuatu yang lain
secara konvensional, tidak secara alamiah dan langsung. Lambang juga sering
disebut bersifat arbitrari, iaitu tidak adanya hubungan langsung yang bersifat
wajib antara lambang dengan yang dilambangkan.
3. Terdiri daripada
bunyi
Bunyi
bahasa dihasilkan oleh alat ucapan manusia dan bermakna. Bunyi bahasa ialah
fonem (fon, fonem, fonemik). Bahasa pada asasnya terdiri daripada bunyi-bunyi
melainkan bahasa isyarat yang sangat terhad penggunaannya. Bunyi dihasilkan
oleh alat pertuturan manusia. Oleh itu, bahasa manusia tidak akan terdiri
daripada ketukan mesin taip, warna, bau, resepi, perubahan suhu ataupun
campuran bahan kimia. Manusia boleh menghasilkan beribu-ribu bunyi melalui
pelbagai cara.
4. Bermakna
Semua
ujaran bahasa yang dihasilkan perlu difahamai oleh masyarakat pendengar.
Contohnya bahasa Jepun yang diucapkan oleh penuturnya hanya difahami oleh
masyarakat Jepun, tetapi tidak difahami oleh penutur Turki. Lambang-lambang
bunyi bahasa yang bermakna dalam bahasa merupakan satuan–satuan bahasa yang
mewujudkan mofem, kata, frasa, klausa, ayat dan wacana. Semua satuan ini
memiliki makna. Oleh kerana bahasa itu bermakna, maka segala ucapan tidak
mempunyai makna adalah bukan bahasa. Justeru, bentuk-bentuk bunyi yang tidak
bermakna dalam bahasa apapun bukanlah bahasa kerana fungsi bahasa adalah
menyampaikan mesej, konsep, idea atau pemikiran.
5. Arbitrari
Tidak
akan berlaku hubungan hayati antara bunyi yang dilafazkan atau ditulis dengan
benda atau objek. Walau bagaimanapun, antaranya perlu bersifat konvensional.
Arbitrari bermaksud sewenang-wenangnya, berubah-ubah atau tidak tetap, tidak
adanya hubungan wajib antara lambang bahasa dengan konsep atau pengertian yang
dimaksudkan oleh lambang tersebut. Contohnya, antara [unta] dengan yang
dilambangkannya iaitu “sejenis binatang berkaki empat yang biasa ditunggani”.
Kita tidak dapat menjelaskan sebab binatang tersebut dilambangkan dengan bunyi
[unta] bukanya [tanu] atau [unat]. Tentu hanya ada satu bahasa yang meskipun
berbeza, tetapi perbezaannya tidak terlalu banyak. Ada pendapat yang mengatakan
bahawa ada sejumlah kata dalam bahasa apa-apa sekali pun yang lambangnya
berasal daripada bunyi yang diwakilinya. Selain itu, penutur asli juga tidak
boleh bertanya punca binatang itu diberikan nama unta kerana sebahagian
daripada nama yang telah diberikan itu tidak mempunyai jawapan atau bersebab.
6. Bersifat
konvensional
Maksud
bahasa bersifat konvensional ialah semua aspek bahasa sudah disepakati oleh
masyarakat penutur bahasa berkenaan. Oleh itu, semua penutur bahasa tersebut
mematuhi bahawa lambang tertentu mewakili objek, perkataan atau peristiwa. Ini
bererti ciri yang terdapat dalam sesuatu bahasa diiktiraf oleh penutur
natifnya. Persetujuan dilakukan sama ada secara sedar ataupun tidak. Hal ini
bermaksud semua anggota masyarakat berkenaan harus mematuhi konvensi, bahawa
lambang tertentu digunakan untuk mewakili konsep yang diwakilinya. Contohnya,
jika perkataan kereta merujuk kepada sejenis kenderaan beroda empat, maka
angota masyarakat bahasa berkenaan harus mematuhinya. Jika tidak dipatuhi atau
menggantikannya dengan lambang lain maka komunikasi akan bercelaru.
Kekonvensionalan bahasa terletak pada kepatuhan para penutur bahasa untuk
menggunakan lambang itu sesuai dengan konsep yang dilambangkannya. Contoh lain,
jika penutur bahasa Turki mengucapkan “ders” sebagai “pelajaran”, maka
semua penutur bahasa tersebut akan mengucapkan “ders” sebagai merujuk
kepada pelajaran.
7. Produktif
Apabila
bahasa dikatakan bersifat produktif, ini bererti, walaupun unsur bahasa terhad
tetapi jumlah yang dibentuk oleh bahasa tidak terbatas. Ini bermaksud banyak
hasilnya atau lebih tepat terus-menerus menghasilkan. Sekiranya bahasa itu
dikatakan produktif meskipun unsur-unsur bahasa itu terbatas, tetapi dengan
unsur yang jumlah yang terbatas itu dapat dibuat satuan-satuan bahasa yang
jumlahnya tidak terbatas meskipun secara relatif, sesuai dengan sistem yang
berlaku dalam bahasa itu. Contohnya, fonem-fonem /m/, /a/ ,/a/ dan /s/ dapat
menghasilkan satuan-satuan bahasa /m/-/a/-/s/-/a/, /s/-/a/-/m/-/a/,
/a/-/s/-/a/-/m/, dan lain-lain.
8. Unik
Bahasa
yang bersifat unik bermaksud mempunyai ciri-ciri khas yang spesifik yang tidak
dimiliki oleh bahasa lain. Ini bermaksud mempunyai ciri yang tersendiri. Salah
satu keunikan yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah ia bersifat aglutinatif
(kata dasar menerima imbuhan untuk menukar makna). Contohnya: jalan, berjalan,
perjalanan, menjalankan, jalanan, dijalankan.
9. Universal
Setiap
bahasa mempunyai kesamaan ciri-ciri tertentu dengan bahasa lain. Maksud
universal iaitu adanya ciri-ciri yang sama yang dimiliki oleh setiap bahasa
yang ada di dunia ini. Ciri-ciri yang universal ini merupakan unsur bahasa yang
paling umum yang biasanya boleh dikaitkan dengan ciri-ciri atau sifat-sifat
bahasa lain. Oleh kerana bahasa itu merupakan ujaran, maka ciri universal dari
bahasa yang paling umum adalah bahawa bahasa itu mempunyi bunyi bahasa yang
terdiri dari vokal dan konsonan. Contohnya, dalam bahasa Melayu terdapat enam
vokal tiga diftong dan sembilan belas konsonan. Manakala, dalam bahasa Arab
pula terdapat tiga vokal pendek, tiga vokal panjang dan 28 konsonan. Bahasa
Inggeris pula mempunyai enam belas vokal termasuk diftong dan 24 konsonan.
Contoh yang lain ialah semua bahasa mempunyai kata kerja misalnya dalam bahasa
Melayu terdapat kata kerja transitif, manakala dalam bahasa inggeris terdapat transitive
verb.
10.
Dinamis
Bahasa
boleh menerima pengaruh bahasa lain. Bahasa adalah satu-satunya milik manusia
yang tidak pernah lepas dari segala kegiatan dan gerak manusia sepanjang
keberadaan manusia itu sebagai makhluk yang berbudaya dan bermasyarakat. Tidak
ada kegiatan manusia yang tidak disertai oleh bahasa. Oleh kerana keterikatan
dan keterkaitan bahasa itu dengan manusia sedangkan dalam kehidupannya dalam
masyarakat, kegiatan manusia itu tidak tetap dan selalu berubah maka, bahasa
itu juga menjadi ikut berubah. Iaitu menjadi tidak tetap dan tidak statik. Oleh
kerana itulah bahasa disebut dinamis iaitu bahasa boleh menerima pengaruh
bahasa lain. Misalnya bahasa Melayu menerima atau meminjam perkatan seperti
dari bahasa Arab (akhirat) , bahasa Cina (mee), bahasa Inggeris (komputer),
bahasa Sanskrit (dunia), bahasa Tamil (kedai) dan lain-lain.
11. Bervariasi
Variasi
disebabkan oleh ramainya penutur dalam sesuatu bahasa dan luasnya kawasan
bahasa tersebut. Variasi bahasa dilihat dari segi idiolek, dialek dan ragam
bahasa. Anggota masyarakat suatu bahasa biasanya terdiri dari pelbagai status
sosial dan latar belakang. Oleh kerana latar belakang dan lingkungannya tidak
sama, maka bahasa yang mereka gunakan menjadi bervariasi atau beragam. Idiolek
adalah variasi atau ragam bahasa yang bersifat perseorangan. Manakala dialek
pula merupakan variasi bahasa yang digunakan oleh sekelompak anggota masyarakat
pada suatu tempat atau suatu waktu. Misalnya di Indonesia mengenal adanya
bahasa Jawa dialek Banyumas, bahasa Jawa dielek Tegal dan sebagainya. Isoglos
adalah satu istilah bagi merujuk sempadan antara satu dialek dengan dialek yang
lain. Variasi bahasa lazimnya disebut dengan nama dialek regional, dialek
areal, atau dialek geografi. Ragam bahasa pula adalah variasi bahasa yang
digunakan dalam situasi, keadaan atau untuk keperluan tertentu. Untuk situasi
formal digunakan ragam bahasa yang disebut ragam baku, untuk situasi tidak
formal digunakan ragam yang tidak baku.
12. Bebas
Bahasa
yang bersifat bebas atau bukan mandatori bermaksud tidak boleh dipaksa oleh
individu atau kerajaan untuk memaksa masyarakat itu menerima atau mengguna
pakai apa-apa aspek bahasa seperti perkataan-perkataan tertentu secara paksaan.
Misalnya, jika ada seorang menteri memaksa atau memperkenal penggunaan
perkataan “infotaiment” sebagai satu perkataan yang merujuk kepada
sesuatu konsep, maka perkataan tersebut jika tidak dapat diterima oleh
masyarakat bahasa itu, maka perkataan tersebut akan lenyap begitu sahaja.
13. Manusiawi
Bahasa manusia
adalah milik manusia. Bahasa adalah suatu aktiviti manusia dan bukannya aktiviti
makhluk lain. Hanya manusia yang boleh berbahasa. Makhluk lain seperti haiwan,
tidak boleh berbahasa. Telah diketahui juga bahawa burung, monyet dan orang
hutan dapat mengeluarkan bunyi pertuturan seperti manusia. Tetapi ternyata
bahasa manusia lebih baik kerana keupayaan manusia untuk mencantumkan
bunyi-bunyi itu menjadi suku kata tetapi ini tidak berlaku kepada haiwan.
Banyak haiwan boleh dilatih menutur bahasa manusia seperti burung kakatua,
tetapi haiwan seperti itu hanya boleh menutur sahaja tetapi tidak boleh
menggunakan bahasa dalam konteks yang betul.
APA ITU LINGUISTIK
LINGUISTIK
DAN BAHASA
Menurut
Verhaar (1985:1), „linguistik‟ berasal daripada perkataan Latin iaitu ‘lingua’
yang bermaksud bahasa. Selain itu, perkataan linguistik juga boleh ditemukan
dalam bahasa Perancis „Langue dan Langage‟, Itali „Lingua‟, Sepanyol „Lengua‟
dan Inggeris „Linguistics‟. Menurut Kamus Dewan (1993) perkataan linguistik
diambil daripada perkataan Inggeris yang bererti pengajian ilmu bahasa.
Terdapat
perbezaan antara istilah ahli bahasa, ahli linguistik dan ahli terjemahan. Ahli
bahasa adalah individu yang mahir dalam satu-satu bahasa, terutamanya dari segi
peraturan bahasa serta penggunaan bahasa yang betul dalam pelbagai konteks.
Ahli linguistik pula adalah individu yang mahir tentang teori-teori lingistik
serta kaedah-kaedah penyelidikan linguistik. Seseorang ahli linguistik yang
bersandarkan sesuatu teori boleh menjelaskan apa-apa fenomena atau permasalahan
dalam bahasanya sendiri atau bahasa-bahasa lain walaupun beliau sendiri tidak
memahami bahasa tersebut. Ini juga
Pengenalan
Ilmu Linguistik dan Bahasa
bermakna
ahli linguistik bukanlah seseorang yang mahir dalam banyak bahasa seperti ahli
terjemahan. Ahli terjemahan ialah seseorang yang mahir lebih daripada satu
bahasa. Kemungkinannya, seseorang itu boleh menterjemahkan bahasa Melayu dengan
bahasa Rusia atau dengan beberapa bahasa yang lain.
Sejarah
perkembangan ilmu linguistik sebagai salah satu disiplin ilmu moden secara
relatifnya masih dianggap baharu. Di Eropah seperti Britain, ilmu ini mula
berkembang sekitar tahun-tahun 1960-an. Ijazah ilmu linguistik mula-mula
diperkenalkan di Universiti York, Britain. Di Malaysia pula, ilmu linguistik
mula diajarkan di Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan UKM pada 1 Mei
1984. Bidang ini telah mendapat perhatian hampir di semua universiti di
Malaysia.
DEFINISI LINGUISTIK
Berikut
ialah beberapa pendapat tokoh yang menjelaskan definisi ilmu linguistik:
1.
John Lyons (1968) mendefinisikan linguistik sebagai “the scientific study of language”.
2.
David Crystal (1973), menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara
saintifik.
3.
Langacker (1987), mendefinisikan linguistik sebagai kajian terhadap bahasa
manusia.
4.
Ferdinand de Sausure (1988), mendefinisikan linguistik sebagai kajian mengenai
bahasa yang diucapkan oleh segolongan masyarakat.
5.
Verhaar (1993) menyatakan bahawa linguistik adalah suatu kajian ilmu bahasa.
Beliau juga mengatakan bahawa perkataan „linguistik‟ sudah memberikan maksud
kajian yang menyentuh sesuatu kajian bahasa boleh dilaksanakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)