PENGENALAN
Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud
seiring dengan kewujudan manusia itu sendiri. Melalui bahasa manusia
dapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara sesama mereka.
Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau
tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu
berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi.
Kanak-kanak keperluan
khas bermasalah pembelajaran memang diakui mengalami masalah dalam
bahasa kemahiran berbahasa. Justeru mereka mengalami masalah untuk
mengikuti pelajaran dan juga berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka.
Guru perlu memahami masalah yang dihadapi pelajarnya supaya ia dapat
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Penggunaan bahas itu amatlah penting untuk sesorang berkomuniksi. Bahasa Melayu merupakan bahasa utama di negara Malaysia,oleh itu semua rakyatnya mestilah dapat menguasai dan bertutur menggunakan Bahasa Melayu dengan baik.Untuk mencapai matlamat 1 Malaysia, semua rakayat hendaklah menggunakan Bahasa Melayu sebagai lambang perpaduan di negara ini.
No comments:
Post a Comment