Wednesday, 31 October 2012

Aktiviti Membuat batik di sekolah

Aktiviti memanaskan lilin untuk mencanting batik

Bahagian bawah kain perlu ditrik juga untuk ditegangkaan
kain untuk membuat batik perlu ditegangkan

Proses mencanting sedang dijalankan oleh Pn Fauziah pakar membuat batik

Tunjuk bakat terpendem






 Inilah hasilnya





Friday, 5 October 2012

PENGENALAN


Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan manusia itu sendiri. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara sesama mereka. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi.

Kanak-kanak keperluan khas bermasalah pembelajaran memang diakui mengalami masalah dalam bahasa kemahiran berbahasa. Justeru mereka mengalami masalah untuk mengikuti pelajaran dan juga berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Guru perlu memahami masalah yang dihadapi pelajarnya supaya ia dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.


Penggunaan bahas itu amatlah penting untuk  sesorang berkomuniksi. Bahasa Melayu merupakan bahasa utama di negara Malaysia,oleh itu  semua rakyatnya mestilah dapat menguasai dan bertutur menggunakan Bahasa Melayu dengan baik.Untuk mencapai matlamat 1 Malaysia, semua rakayat hendaklah menggunakan Bahasa Melayu sebagai lambang perpaduan di negara ini.

Wednesday, 3 October 2012

Tuesday, 2 October 2012

PENGENALAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

PENGENALAN
Apabila seorang guru melayari Internet untuk memperolehi bahan pengajaran baru atau mempunyai murid yang mereka bentuk persembahan multimedia, guru tersebut sedang menggunakan teknologi terkini. Teknologi yang dipilih sering kali dirujuk sebagai teknologi dalam pendidikan. Istilah teknologi seringkali dikaitkan dengan alat teknologi moden terutamanya alat elektronik seperti komputer, televisyen, radio, perakam pita video, pemain cakera padat, perakam kaset audio, projektor paparan hablur cecair (LCD), kamera digital dan telefon bimbit. Teknologi bermaksud produk atau alat media serta proses yang digunakan untuk membangunkan negara atau menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem pendidikan atau latihan.

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, pelajar diharap dapat:
1.Menjelaskan secara umum definisi pengintegrasian teknologi dalam pendidikan.
2.Menerangkan tiga (3) era sejarah perkembangan teknologi komputeran dalam pendidikan.
3.Menerangkan empat (4) perspektif perkembangan dan penggunaan teknologi dalam pendidikan.
4.Menjelaskan empat (4) rasional penggunaan teknologi dalam pendidikan.
5.Membincangkan sekurang-kurangnya empat (4) isu penggunaan teknologi dalam pendidikan.