Friday 5 October 2012

PENGENALAN


Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan manusia itu sendiri. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara sesama mereka. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi.

Kanak-kanak keperluan khas bermasalah pembelajaran memang diakui mengalami masalah dalam bahasa kemahiran berbahasa. Justeru mereka mengalami masalah untuk mengikuti pelajaran dan juga berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Guru perlu memahami masalah yang dihadapi pelajarnya supaya ia dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.


Penggunaan bahas itu amatlah penting untuk  sesorang berkomuniksi. Bahasa Melayu merupakan bahasa utama di negara Malaysia,oleh itu  semua rakyatnya mestilah dapat menguasai dan bertutur menggunakan Bahasa Melayu dengan baik.Untuk mencapai matlamat 1 Malaysia, semua rakayat hendaklah menggunakan Bahasa Melayu sebagai lambang perpaduan di negara ini.

No comments:

Post a Comment